Pages

Friday, June 2, 2017

10 Kebaikan Emas (24K Gold Flakes) Untuk Kulit

Hi Assalamualaikum and good day everyone!

Hari ni Dr Fabulous akan share tentang kebaikan emas dalam dunia kecantikan.

Emas dianggap sebagai logam asli yang paling popular dalam  sejarah rekabentuk barang perhiasan kerana sifatnya yang mudah untuk dilentur dan dibentuk, menjadikan ia sebagai pilihan utama dalam penghasilan barang kemas dan aksesori sepanjang zaman.

Walaupun begitu, tahukan anda sejarah turut mengenalpasti emas sebagai bahan asas dalam penghasilan barangan penjagaan kecantikan sejak dari tamadun-tamadun kuno? Apakah keistimewaan emas yang menyebabkan manusia meletakkan harga yang sangat tinggi pada kecantikan, kuasa dan nilai matawang; yang mana ketiga-tiga aspek ini turut ada pada sejenis unsur logam iaitu emas?

Bukti yang mengatakan campuran emas telah ditambah ke dalam hidangan makanan dan penjagaan kecantikan dapat dikaji balik sepanjang zaman. Tamadun Roman menggunakan kepingan daun emas ke dalam hidangan makanan tetamu istimewa yang merupakan simbolik kepada layanan hospitaliti mesra ke atas tetamu istimewa yang berkunjung.

Penggunaan emas dalam perawatan kulit pula ditemui dalam tamadun Mesir. Cleopatra, merupakan seorang ratu Mesir yang terkenal dengan kejelitaannya yang memukau; dikatakan kerap menggunakan topeng emas bagi memelihara kecantikannya yang luar biasa, di samping dapat melindungi kesempurnaan wajahnya dari sebarang cela

Penggunaan emas sebagai bahan asas penjagaan kecantikan turut diamalkan pada zaman tamadun Cina pesat berkembang, seperti yang diketahui melalui penemuan sejarah dan artifak. Kepingan emas yang dikisar halus digunakan sebagai bahan asas penjagaan dan rutin kecantikan para permaisuri untuk meyerlahkan kecantikan mereka. Selain Cina dan Mesir, emas turut digunakan secara ekslusif oleh golongan bangsawan untuk merawat kecantikan oleh peradaban Jepun di Timur dan Roman di Barat.

Hari ini, emas digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi penjagaan kulit dan wajah bagi menangani beberapa jenis kondisi dan masalah kulit. Emas turut digunakan khas dalam aplikasi perubatan termasuklah dalam satu kaedah dikenali chrysotherapy iaitu rawatan khas kaedah menggunakan emas bagi tujuan perubatan. Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa pengusaha-pengusaha spa dan kebanyakan jenama kosmetik di seluruh dunia juga telah mula menggunakan emas sebagai bahan utama dalam rawatan dan penjagaan kulit pada masa kini, seperti mana yang dipraktiskan sejak pada zaman lampau.

Mengikut perbadanan World Gold Council, terdapat peningkatan berstruktur di pasaran bagi industri emas, boleh jadi kerana perawatan facial menggunakan kepingan daun emas sudah menjadi sangat popular di kebanyakan negara Asia, terutamanya Jepun.

Kumpulan sokongan telah menyatakan kaedah perawatan menggunakan emas ini dapat memberi kesegaran pada kulit di samping mengurangkan kedutan pada wajah. Mereka turut berkongsi rahsia keberkesanan emas sebagai bahan asas kecantikan yang terletak kepada keupayaan unsur emas untuk menahan lembapan dalam kulit bagi membantu ketegangan dan kekenyalan.

Secara ringkas, kami senaraikan 10 kebaikan emas dalam perawatan kecantikan :

  1. Mengurangkan kesan rekahan halus, kedutan dan cela pada wajah
    Memiliki wajah yang sempurna tanpa cela, bebas kedutan dan parut merupakan idaman setiap wanita. Emas mampu mengaktifkan sel kulit yang paling dalam - membantu meningkatkan kadar kekenyalan kulit. Kesan langsung ini mengurangkan kedutan, garisan halus, kerengsaan dan parut di kulit dan menjadikan kulit anda lebih muda

  2. Merangsang Sel 
    Zarah dan ion yang terdapat dalam unsur emas membantu merangsang sel, saraf dan kapilari darah dalam badan anda. Ini dapat membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar permukaan kulit anda. Dengan perjalanan darah yang lancar, dapat meningkatkan kadar metabolisma sel kulit selain membantu proses perkumuhan sel secara optimum melalui perpeluhan. Oleh itu, emas dapat membantu merangsang sel untuk mendapatkan kulit yang sihat.
  3. Mengurangkan Kekeringan KulitTahukan anda, kekeringan pada kulit kulit dapat menyebabkan kesan penuaan pada wajah? Penggunaan emas mengurangkan kekeringan dan membantu meningkatkan kadar metabolisma. Ini dapat menghindarkan kesan penuaan awal yang selalunya berkait rapat dengan gayahidup yang kurang sihat seperti kurang pengambilan makanan sihat, terdedah kepada pencemaran, kesan merokok dan corak tidur yang tidak sempurna..
  4. Mencerahkan Kompleksi Wajah Dengan Sekata
    Semasa dalam proses pengumpulan data melalui sejarah, khabar angin turut menceritakan rutin kecantikan Cleopatra yang mnggunakan topeng emas pada saban malam bagi membaiki kompleksi wajah selain dapat mengekalkan keremajaan, kecerahan dan kejelitaan beliau. Ya benar, dengan kulit yang sihat dan segar dari dalam, dapat dilihat apabila kompleksi wajah lebih cerah dan sekata. Jadi dengan menggunakan emas pada penjagaan wajah, anda boleh mengatakan selamat tinggal kepada kulit kusam!
  5. Melambatkan Kadar Penyusutan Kolagen Dalam KulitKolagen dihasilkan oleh badan anda secara semulajadi bagi mengekalkan keanjalan. Kolagen bertanggungjawab dalam memberikan kilatan dan kebaikan pada rambut, kulit dan kuku. Kadar kolagen dalam badan mula menyusut pada usia 25 tahun di kalangan wanita - mula dikesan melalui perubahan pada kulit wajah anda. Penjagaan wajah yang mengandungi emas dapat melambatkan penyusutan kadar kolagen dalam sel kulit anda.
  6.  Merawat Kerosakan Kulit Kesan Matahari
    Ramai antara kita yang memandang serius bila kulit terbakar kesan matahari. Melanin atau pigmen hitam yang terhasil pada permukaan kulit teratas menyebabkan kulit kelihatan gelap dan kusam apabila terdedah kepada matahari. Penghasilan melanin gelap yang terhasil dari kesan pendedahan kepada sinar UV boleh dikurangkan melalui penggunaan emas.

  7.  Merawat Allergi
    Masyarakat Mesir mempercayai bahawa emas mempunyai kesan perawatan dan mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Kandungan antioksida yang hadir dalam emas membantu melancarkan peredaran perjalanan darah dan secara tidak langsung mengurangkan kerengsaan dan beberapa masalah kulit yang lain.

  8.   Merawat Inflamasi dan Kerengsaan Pada 
    Emas dikatakan mengandungi kandungan anti-bakteria dan anti-kerengsaan yang membantu penyerapan oksigen dalam kulit bagi menghasilkan sel baru. Bahan ini dapat membantu merawat ulser dan lain-lain masalah kulit. Ini dapat menyegarkan dan merawat kondisi kulit menjadikannya lebih baik dan sihat.
  9. Menambahkan Keanjalan Kulit
    Kulit boleh kelihatan kendur apabila kurangnya atau hilangnya keanjalan. Penggunaan emas dapat mengurangkan kemusnahan elastin dengan menggantikan keanjalan pada tisu. Ini dapat mengelakkan kulit dari kendur dan jatuh mengikut tarikan graviti. Emas menambahkan keanjalan kulit malah menjadikannya lebih tegang dan padat.
  10. Kulit Sihat Bersinar
    Dengan kemampuan unsur emas untuk melancarkan peredaran darah, secara tidak langsung ia dapat melembapkan dan mengekalkan kadar hidrasi pada kulit. Partikel unik yang sangat halus dari emas diserap oleh kulit membiaskan kilauan yang memperlihatkan kulit lebih segar, bersinar dan glowing dari kulit biasa.

    Emas bukan setakat memberikan anda kulit yang cantik, glowing dan awet muda namun turut mempunyai khasiat-khasiat lain dalam pelbagai bentuk. Ia melambatkan penyusutan kolagen dalam badan, menambah keanjalan kulit, mencerahkan kompleksi kulit secara sekata, merangsang penghasilan sel baru dalam keanjalan kulit, membaikpulih sistem perjalanan darah dan perkumuhan pada kulit, menghindarkan masalah kesan penuaan awal pada wajah, mengurangkan kedutan, kegelapan pada kulit dan lain-lain lagi..

    Kesimpulannya, emas tetap emas! Anda perlu cuba sendiri untuk mempercayai kebaikan-kebaikan emas dan kebersenan emas untuk kulit anda. 


  

Wednesday, August 3, 2016

15 STEPS to look FABULOUS everyday! 15 LANGKAH untuk tampil FABULOUS setiap hari!

1. Feed your soul - For Muslim, it is always better to start your day with Fajr salah. Try your best to talk to your Creator, by understanding the meaning of  the ayaah that you recite in your prayer. Give your best shot to rely on Him for the day you are about to go through. 

2. Morning pamper time - If your routine starts with a cup of coffee, go get yourself one. But we suggest you to at least drink a glass of plain water before gulping those caffeine to flush out the toxin from your digestive system. Take time to clean yourself entirely, including your oral system.




3. Mosturize your skin - the best time to put on mosturizer is after your bath, while its work is to lock the moisture on the top layer of our skin from dryness. The skin also absorbs better when it is still wet.


4. Never forget the SPF - since we are in a tropical country, suggest to always wear spf cream during day time. And for foundation or base powder, also opt for products with SPF 50 or 20.

5. Cushion base - to conceal skin imperfections, you can contour it throughout your facial and neck skin using lines of dots, or simply put a fair amount on your palm and apply it all over your face using either your finger dabs, sponge or brush. 




6. Concealer - if you have any blemishes, dark spots or dark circle under your eyes that is still visible, use concealer and dab it with your fingers, sponge or brush. 



7. Contoring and blushing it out - use lighter shade as highlighter and a deeper shade for shading. Shading area must be adherent to your facial bone and shape. Important areas are the cheekbones, the Remember to perfectly blend to avoid looking too harsh. Finish off the contoring stage with a dash of blusher on the apple of your cheek, on tip of your nose, temple and chin. 


8. Eyeshadow - use lighter shade closer to your browbone and darker shade around the crease area. 


9. Pencil liner - open up your eyes with a nice clean eyeliner dash. This will magnify your iris color, your eye is the window to your heart. 


10. Eyebrow - to be on the safe side, always start drawing/coloring your brow from the highest point going down to the inside, by drawing up the outline and filling it up with a lighter shade of eyeshadow. Refer to pictogram below:


11. Mascara - 
If you have straight lashes, you can use lash curler before applying the mascara. 



12. Lipstick - for a neater application, use a pencil liner to outline your outer lips. Pick a shade that is the closest to your lipstick shade unless you want to create an ombre effect. If you are a gloss fan, smooch your lips with a glaze of lipgloss. 


13. Optionally, you can set your make up off with some light dabs of loose powder followed with a spritz of facial mist up for a longer hour wearing. 

14. Stylize your hair or hijab to match your outfit. Plenty ways to watch out in our future postings, so follow our Instagram and blog for interesting topics

15. Don't forget your favourite fragrance and some fashion accessories to match your outfit too!

So hope these will help some of you here. Like, Follow and drop us your positive comment so we can give you more meaningful content in our future posting. If you think this post is beneficial to someone you care, or a friend, feel free to share this posting via any social network. 

Hope to hear your feedback darlings... 😘😘😘

Loads of love,
FabulousBox4u